'Good Morning Universal Studio' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Polariser

Mulanya semasa saya bercadang ke Universal Studio, Singapore membawa keluarga, perkara utama yang saya fikirkan adalah kos perbelanjaan. Berbagai cara kita boleh pergi ke Universal Studio, Singapura, sama ada menaiki kenderaan sendiri mahupun mengunakan kenderaan awam.Saya dapati salah satu cara yang jimat jika ingin ke Universal Studio adalah dengan mengunakan kenderaan awam dari Johor Bahru(JB). Di JB, banyak bas atau coach yang menawarkan khidmat pengangkutan terus ke Universal Studio. Sebagai panduan, selain dari pengankutan awam yang terdapat di termina bas Larkin, salah satu syarikat yang menawarkan khidmat ini ada lah Tune Hotel, JB. Selain dari menyediakan penginapan yang amat berpatutan, Tune Hotel JB juga menguruskan khidmat pengangkutan terus ke Universal Studio, Singapura. Tambang seorang dewasa ulang-alik dari Tune Hotel, JB ke Universal Studio adalah RM23. Tempahan bas boleh dibuat bersama tempahan bilik penginapan di Tune Hotel melalui laman web Tune Hotel.

Kami berlepas menaiki bas dari Tune Hotel, Danga Bay, JB pada pukul 7 pagi. Perjalanan ke Singapura adalah melalui link ke dua melalui Tuas ke Jurong. Perjalanan melalui link kedua ini agak lancar. Ramai yang mengeluh jika melalui Tambak Johor yang agak sesak semasa waktu puncak. Kami tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama di kedua-dua counter imegresen. Bas mewah ini membawa kami terus ke 'basement' Universal Studio.

Universal Studio di buka pada pukul 10 pagi. Tiket untuk memasuki Universal Studio haruslah ditempah awal. Tiket kami telah pun ditempah 2 minggu sebelum perjalanan kami. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah, tempahan secara 'online' pasti kehabisan. Kami bernasib baik kerana telah menghubungi pihak Marketing Sentosa Resort secara terus dan mereka dapat memberi kami tiket pada tarikh yang kami inginkan. Kami telah menempah tiket untuk lawatan satu hari di Universal Studio yang berharaga SGD66 seorang.

Kami terpegun melihat binaan di Universal Studio yang gah dan kemas. Dari segi keluasan tempat ini, ianya tidak lah sebesar mana, hanya merangkumi 1 pusingan. Walaubagiamana pun, cukup puas untuk lawatan 1 hari.Universal Studios Singapura memiliki luas 20 hektar. Ini merupakan bagian dari kompleks kasino Resort World Sentosa. Taman tema ini terdiri dari tujuh zon tarikan yang masing-masing mewakili tema filem-filem dari layar perak. Selain Shrek dan Madagascar, juga terdapat tema Jurassic Park dan Walk of Fame. Masih adalah bebrapa pemainan yang masih dalam pembinaan.Dari segi makanan, terdapat beebrapa gerai yang menjual makanan halal. Harganya agak mahal sedikit. Makanan dari luar boleh dibawa masuk kerana beg kami tidak pula dibuka untuk diperiksa seperti dibeberapa theme park di Malaysia.

Apa yang saya dapat simpulkan dari pengalaman kami, Universal Studio adalah satu taman tema yang sesuai untuk keluarga. Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih mencabar atau thrilling, universal studio singapura mungkin bukan tempatnya. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan senibinaan dan efek-efek yang digunakan dalam beberapa pemainan dan pertunjukan seperti,roller coster dalam Ancient Egypt, wayang Shrek 4D dan juga pertunjukan Light, Camera, Action hasil ciptaan Steven Spielberg. Ianya diatur dengan amat teliti yang pasti menarik dan mengkagumkan.Apa yang penting bagi saya, anak-anak saya cukup terhibur di sini dan menjadikan ia satu percutian yang mengembirakan




'Family At Entrance' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Tripod, Built-in Flash

More photos available.

Follow up:



'Entrance' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Polariser


'Panorama at Universal Studio' Nikon D300, nikkor 50mm


'Far Far Away' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Polariser



'Yellow Cab' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Tripod


'The Pyramid' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Polariser

'Marilyn Monroe????' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Built-in Flash


'Kungfu Panda' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Built-in Flash


'Shrek at Work' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Built-in Flash


'Ancient Egypt' Nikon D300, Nikkor 80-200mm


'Futuristic' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Tripod


'Istana Menanti' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Tripod, Built-in Flash


'My Teeth' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Built-in Flash


'Self Portrait' Nikon D300, Tokina 11-16mm, Tripod, Built-in Flash