Welcome to my Home Page azmanshah.com

My Journey is a simple 'foto catatan' on whats going on around me and sharing of my passion in photography. I have a great passion in photography.Photography is a mean to record moments. Moments that could only come once in a lifetime and create memories lasting forever. Photography also a way to express beauty, such as, records the beautiness of the mother nature. It proves the greatness of the creator, Allah swt.... You are welcome to visit my photoGALLERY.

Untuk tip-tip dan panduan fotografi sila lihat DI SINI

more...

FLORIA PUTRAJAYA 2010

Saya juga telah memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan fotografi sempena Floria Putrajaya 2010.
Send feedback » more...

PUTRAJAYA SAILING WEEK PHOTO CONTEST

Alhamdulilah saya berjaya menangi tempat ke-2 dalam pertandingan photography sempena putrajaya sailing week.
Send feedback » more...

PIPIT PINANG SHOW OFF


setiap pagi rasa hilang stress dapat tenguk gelagat pipit pinang dari tingkap bilik saya. Apa tah lah kalau dapat rakamkannya. Puas rasanya.
Send feedback » more...

RESTORAN ISTANA BAMBU


Semasa saya dan isteri sedang mencari-cari restoran untuk makan malam menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami pada 7 Mei 2010 yang lalu, isteri saya terlihat 'bunting' iklan restoran Istana Bambu di persimpangan bulatan Keramat-MRR 2. Kami terus menuju ke restoran tersebut yang berdekatan dengan Highland Tower, yang terkenal suatu ketika dahulu.
Pengunjung melalui jambatan di lobi restoran.

Kami terasa girang apabila melihat restoran yang berkonsepkan buluh tersergam indah dan unik. Terasa istimewanya kerana pengunjung akan melalui sebuah jambatan buluh menuju ke kawasan utama restoran dari lobinya. Di bawahnya terdapat kolam ikan dan dihiasi dengan sepetak sawah padi. Semua peralatan di dalam restoran ni adalah berkonsep kan buluh. Meja makan dan kerusi diperbuat dari buluh.

Apa yang lebih menarik adalah unit-unit gazebo yang dibina untuk pengunjung-pengunjung yang inginkan 'privacy' bersama keluarga atau rakan taulan.


Kami di sambut dengan penuh mesra oleh peyambut tetamu. Kami diberi tahu pada hari tersebut, 7 Mei 2010 adalah hari pertama restoran ini dibuka untuk orangramai.Kami rasa amat bertuah kerana dapat menyambut hari istimewa kami di sebuah restoran yang unik.
Antara makanan yang kami suka di sini adalah set asam pedas ikan, masak lemak daging salai, tomyam, ayam lemon, ikan deep fried 3 rasa dan pulut mangga. Semasa kunjungan saya berikutnya, saya sempat melihat buku catatan pelawat. Ramai selebriti telah kunjungi tempat ni. Ada juga yang membuat komen negatif berkaitan servisnya yang lambat. Saya juga ada beberapa kali dapati makanan yang saya pesan agak lambat sampai. Ini sering berlaku ketika restoran ini penuh dengan ramai penunjung. Bagi saya itu bukan pekara besar, kerana masih ada lagi restoran yang terkenal dan sudah lama beroperasi adakalanya lambat juga servisnya.

Yang pasti, saya dapat rasakan suasana yang aman dan nyaman di sini dan hidangannya menepati selera kami.

Sehingga saya selesai menulis ini, saya telah mengunjung dan makan di Restoran Istana Bambu sebanyak 8 kali.

Alamat Restoran Istana Bambu : Lot 841-844,Jalan Hulu Kelang,68000 Ampang,Selangor
4 feedbacks » more...

WILDLIFE AT PUTRAJAYA 2

Painted stork Ahad - 16 May 2010. Bersama kawan sekolah x-MRSM Seremban dan kawan FMDC, Hussain (host), Othman, Saiful Rizal, Khairil Nemesis dan Iz untuk ambil gambar burung lagi sekali di Putrajaya.

Tips untuk mengambil gambar burung sila lihat DI SINI

Untuk memahami 'EXPOSURE' sila lihat DI SINI

Send feedback » more...
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 »