GOOD LUCK!!
by admin on Sep.07, 2009,under News
Mengenangkan kembali semasa zaman persekolahan saya dulu, saya telah melawat kembali sekolah rendah saya di Port Dickson iaitu Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan. Semasa itu adalah peperiksaan penilaian darjah lima. Walaupun keputusan tidak mendapat 5A, tetapi memadai untuk saya meneruskan persekolahan di asrama penuh. Sudah pasti jasa guru amatlah besar dalam menentukan kejayaan seseorang murid. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang tidak mengenal penat lelah berusaha dan berdoa untuk kejayaan anak mereka. Terima kasih ibu, bapa dan guru kerana terus berusaha dan berdoa akan kejayaan kami.
Kepada semua pelajar darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, terutamanya kepada anak saya Afiq Syazwan serta semua sepupu sepapatnya, Ameer, Isyraf, Izzat, Aiman dan Nabila, semoga berjaya.
Follow up:










1 comment
Leave a comment