Apa Kareba Makassar
by admin on Apr.05, 2010,under Background
Pelabuhan Tradisional Paotere
"Di mana Makassar? atau 'Apa ada di Makassar?", itu adalah soalan-soalan yang sering ditanya apabila mengetahui saya akan ke Makassar untuk bercuti sambil melayani hobi fotografi saya. Makassar adalah sebuah bandar pelabuhan di selatan Sulawesi yang penuh dengan sejarah dan kebudayaan etnik.Seperti juga jolokan “Tanah Minang” di Padang dan Bukit Tinggi, “Tanah Jawa” di Jogjakarta, Makassar dikenali dengan “Tanah Bugis”. Sejarah lalu menunjukkan bahawa pelayar dan pedagang rempah dari Makassar ini yang telah datang dan berdagang di Tanah Melayu dan mula berkahwin dengan rakyat melayu Malaysia.Oleh itu ramai orang Malaysia yang mempunyai susur galur keturunan bugis ini.
Sawah Padi, Bantimurung
Makassar, yang sedang membangun,merupakan pintu masuk utama bahagian timur bagi kepulauan Sulawesi. Nama Makasar mula kedegaran apabila Perdana Menteri kita,Dato' Seri Najib Tun Razak, membuat lawatan ke Makassar. Perdana Menteri merupakan figur yang popular dan diraikan di Sulawesi Selatan kerana beliau merupakan keturunan ke-11 pahlawan Bugis-Makassar, Sultan Hasanuddin dari Gowa. Dia juga dari keturunan raja ke-19 Gowa iaitu I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenganga Ri Lakiung. Semasa lawatan tersebut ada juga berita berkaitan projek kerjasama tanaman padi di Makassar oleh kerajaan Malaysia. Pada masa itu juga, syarikat penerbangan tambang murah tempatan ada menawaran penerbangan 4 kali seminggu ke Makassar. Memandangkan harga tiket yang amat berpatutan, saya pun mengambil keputusan untuk ke Makassar bersama 2 lagi kawan sepejabat saya yang mempunyai minat yang sama dalam fotografi.
Sebelum ke Makassar, saya telah merujuk beberapa laman web yang berkaitan dan dapati Makassar adalah sebuah bandar tepi laut yang cantik pemandangan matahari terbenam. Misi kami ke Makassar sudah pasti adalah untuk mendapatkan foto-foto matahari terbenam dan juga ingin melawat bendang atau sawah padi di sana.
Pulau Lae-Lae
Antara lokasi-lokasi lawatan yang menjadi tarikan pelancong adalah seperti Taman Nasional Bantimurung, Pantai Losari, Masjid Raya, Pelabuhan Tradisional Paotere, Pulau Samonela, Masjid Al Markaz Al Islami, Masjid Tua Katangka, Mausoleum Syeikh Yusuf, Muzium Balla Lompoa, Sengkang, Batutumonga, Bira Beach, Tanah Beru, Ammatoa, Gunung Bambapuang dan juga yang paling terkenal Tana Toraja.
Berbalik kepasa misi kami, memandangkan masa yang agak singkit di Makassar kami fokus pada 2 aktiviti utama di Makassar, iaitu pelabuhan tradisional, pulau nelayan dan sawah padi.Setibanya kami di Lapangan Terbang Hasanudin, Makassar, kami agak terkejut dengan lapangan terbangnya yang moden. Jauh lebih baik dari beberapa lapangan terbang di kota-kota indonesia yang lain. Kami disambut dangan penuh mesra dan hormat oleh pemandu kami. Kami meyewa kenderaan MPV bersama seorang pemandu dengan harga yang berpatutan, lebih kurang RM130 sehari.
Pantai Loksari
Banyak terdapat hotel-hotel budget dan tidak kurang juga yang tertaraf 5 bintang. Kawasan yang harus di pilih untuk hotel ada lah sepanjang Jalan Penghibur di mana banyak aktiviti utama seperti Pantai Loksari dan perlabuhan utama Makassar terletak. Berdekatan Jalan Penghibur juga ada banyak kedai-kedai menjual cenderahati dan juga kedai-kedai makanan laut yang harganya amat berpatutan.
Kami menginap di Hotel Pantai Gapura, antara hotel yang tercantik di Makassar yang mempunyai unit-unit 'water chalet' yang pasti menjanjikan pemandangan yang cantik semasa matahari terbenam.
Hotel Pantai Gapura
Pulau Lae-Lae adalah sebuah pulau kampung nelayan yang terletak lebih kurang 5 minit menaiki bot dari bandar Makassar. Sebahagian dari pulau ini telah ditambak untuk dijadikan pemecah ombak kepada pelabuhan utama Makassar, yang terletak berhadapan dengan Pulau Lae-Lae. Pulau ini mejadi ikon bagi kebanyakan peminat fotografi merakamkan 'sunset' di Makassar.
Paotere adalah suatu pelabuhan perahu yang terletak di Kecamatan Ujung Tanah, Makassar, Sulawesi Selatan. Pelabuhan yang berjarak ± 5 km (± 30 menit) dari pusat Kota Makassar ini merupakan salah satu pelabuhan rakyat warisan tempo doeloe yang masih bertahan dan merupakan bukti peninggalan Kerajaan Gowa-Tallo sejak abad ke-14 sewaktu memberangkatkan sekitar 200 armada Perahu Phinisi ke Melaka.
Pelabuhan Paotere sekarang ini masih dipakai sebagai pelabuhan perahu-perahu rakyat seperti Phinisi dan Lambo dan juga menjadi pusat niaga nelayan, dimana dapat dilihat disepanjang jalan di pelabuhan berjejer toko-toko yang menjual berbagai macam jenis ikan kering, perlengkapan nelayan, serta beberapa restoran seafood.
Apa yang saya dapat rumuskan sekiranya pelancong-pelancong dari Malaysia ingin mencari kelainan dari bandar2 indonesia yang sebuk seperti Jakarta, Makasar adalah destinasi pelancongan alternatif kerana keindahan bebrapa pulau dan pantainya, penduduk yang ramah, makanan laut yang enak dan yang pasti perbelanjaan yang agak murah dari kota2 indonesia yang lebih besar.










1 comment
This post has 3 feedbacks awaiting moderation...
Leave a comment