TAMAN TAMANDUN ISLAM TERENGGANU
by admin on Apr.14, 2010,under Background
Hebat! Itu perkataan yang terkata apabila pertama kali saya menjejakkan kaki di Taman Tamandun Islam Teregganu (TTI). Sebelum sampi di sini, saya haya bayangkan replika bangunan yang kecil-kecil. Tapi saya ternyata salah apabila melihat beberapa replika yang begitu gah seakan-akan binaan yang asal.
TTI adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.
Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.Kesemua 21 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal.











Feedback awaiting moderation
This post has 2 feedbacks awaiting moderation...
Leave a comment