Nikon D300, Tokina 11-16mm f2.8, Polarising Filter, Tripod
Broga adalah nama sebuah kampung di Semenyih Selangor. Saya ke Bukit Beroga, Semenyih bersama geng-geng FMDC - http://www.fotomedia.com.my . Group saya agak lambat kerana tunaikan solat subuh dulu di bawah di masjid Semenyih. Walaupun tak sempat untuk dapat 'magic hour' di puncak bukit, tapi, alhamdulilah cuaca agak baik dapat langit biru sepanjang pagi. Gambar ini diambil dengan 'natural light' yang berwarna keemasan semasa matahari mula menjenguk keluar. Untuk menaiki bukit ini tidaklah berapa curam. Ia mampu dinaiki kanak-kanak seawal 6-7 tahun. Ape yang menarik adalah puncak bukitnya yang luas, landai dan bersih. Setiap Sabtu dan Ahad agak ramai yang mengunjungi bukitnya untuk beriadah sambil menikmati pemadangan.