Nikon D300, Tokina 11-16mm f2.8, Polarising Filter, Tripod, ISO100, 4 sec, f22
Apabila ambil gambar air terjun, 2 aksesori fotografi amat perlu, iaitu tripod dan polarising filter. Gambar air terjun mestilah gunakan 'shutter speed' yang perlahan untuk dapatkan aliran air putih bak salji. Saya suka gunakan shutter speed dalam lingkungan 4 saat ke 1/15 saat. Untuk pengunaan filter polariser pula, ia membantu mengurangkan reflek batu yang agak berkilat disebabkan lapisan air. Memandangkan filter ini gelap kacanya, ia juga dapat membantu memberi nilai 'exposure' yang rendah, maka 'shutter speed' yang perlahan boleh digunakan. Apa yang menarik bagi gambar ini adalah dauan-duan yang berwarna-warni menghiasai batu-batu air terun ini. Saya usaha sedikit kumpulan beberapa daun-daun lain dan saya tambahkan lagi daun-daun untuk dapatkan seperti suasana musim luruh.
Info tempat ini Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) atau pun Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia terletak di Kepong, Selangor. FRIM merupakan antara pusat penyelidikan perhutanan tropika yang unggul di dunia dan mempunyai pengalaman lebih 100 tahun dalam penyelidikan perhutanan serta keluaran hutan. Banyak ilmu dan maklumat telah dijana dalam bidang ini dan diterjemahkan dalam bentuk penerbitan. Di FRIM juga terdapat tempat untuk beriadah, bersantai dan berkelah bersama keluarga.
This post has 2 feedbacks awaiting moderation...