Nikon D300, Nikkor 18-135mm, Tripod, ISO100, 20sec, f22
Mencari lokasi untuk 'photoshoot' amat penting. Saya memilih lokasi ini untuk mengambil gambar Kuala Lumpur kerana dari segi 'composition' ianya agak seimbang atau 'well-balance'. Seimbang kerana saya dapat Menara Kuala Lumpur berada di sebelah kiri dan Menara Berkembar Petronas di sebelah kanan. Selain dari itu, apa yang penting bagi saya adalah mercu tanda bangunan Petronas nampak kedua-dua menaranya. Barulah dapat lihat bangunan berkembar Petronas. Jaluran lampu kereta yang terhasil dari mengunakan 'slow shutter' juga menjadi tarikan kepada gambar ini. Saya telah ke lokasi ini 2 kali. Mula-mula hasilnya agak kurang menarik. Kali kedua, saya dapat hasil yang lebih baik dari yang pertama.