Comments

watefall @ bandung

05/06/10 15:28

Nikon D300, Tokina 11-16mm f2.8, Polarising Filter

Apabila ambil gambar air terjun, 2 aksesori fotografi amat perlu, iaitu tripod dan polarising filter. Gambar air terjun mestilah gunakan 'shutter speed' yang perlahan untuk dapatkan aliran air putih bak salji. Saya suka gunakan shutter speed dalam lingkungan 1/8saat ke 1/15 saat. Untuk pengunaan filter polariser pula, ia membantu mengurangkan reflek batu yang agak berkilat disebabkan lapisan air. Memandangkan filter ini gelap kacanya, ia juga dapat membantu memberi nilai 'exposure' yang rendah, maka 'shutter speed' yang perlahan boleh digunakan. Saya berada diatas jambatan unutk mengambil gambar air terjun ini, di tepi jambatan tersebut ada tumbuhan liar. Jadi saya jadikan daun-daun pokok sebagai 'foreground' pada gambar saya

info about this place - Bandung, Indonesia begitu terkenal dengan destinasi membeli-belah. Ramai warga Malaysia berkunjung ke Bandung untuk berbelanja. Semasa saya ke Bandung bersama isteri dan beberapa ahli keluarga yang lain, saya mengambil kesempatan ntuk melawat destinasi pelacongan yang menarik berdekatan bandung. Saya memilihan pengangkutan awam di sana untuk lebih mendakati cara hidup orang tempatan. Saya menaiki Angkutan Kota untuk ke stesen bas Ledeng untuk mengambil bas seterusnya menuju ke Tangkuban Perahu.Tangkuban perahu adalah sebuah destinasi pelancongan di Bandung. Di sini terdapat peninggalan kawah gunung berapi yang telah meletus suatu ketika dahulu. Saya berkesempatan betemu seorang supir atau pemandu yang bersetuju membawa saya ke bebrapa destinasi menarik lain. Beliau telah membawa saya ke air terjun ini di satu tempat yang di panggil Maribaya -Wisata. Air Terjun Maribaya ini terletak berhampiran pekan Lembang. Sekiranya nda ingin menikmati sejuknya air terjun sambil duduk bersantai atau mungkin berenang/berendam air panas geothermal kemudian naik kereta kuda, bolehlah mengunjungi Maribaya. Maribaya terletak sekitar 7 km sebelah timur kota Lembang. Di daerah seluas 5.5 ha dan ketinggian 1.000 m dpl, Maribaya mempunyai sumber air panas mineral dengan suhu hingga 46 Celcius. Di lokasi ini Anda boleh menikmati beberapa air terjun. Di antaranya air terjun Cigulung dan Cikawari, masing-masing tingginya 15 m dan 14 m. Air terjun yang lebih tinggi ini dinamakan air terjun Curug Omas.

By admin • Albums: landscape

No feedback yet

Leave a comment


Your email address will not be revealed on this site.

Your URL will be displayed.
(Line breaks become <br />)
(Name, email & website)
(Allow users to contact you through a message form (your email will not be revealed.)