WILDLIFE/BIRD PHOTOGRAPHY
by admin on May.18, 2010, under Uncategorized
Nikon D300, Nikkor 300mm, ISO100, 1/1000sec Speed Priority
Untuk memahami 'EXPOSURE' sila lihat DI SINI
Bila mengambil gambar burung pasti ramai yang rasa perlu ada lens yang besar-besar dan panjang. Harus diingatkan untuk mengambil gambar burung kita juga boleh gunakan zoom lens dalam lingkungan 200-300mm. Dengan lens yang kurang panjang ini, kita boleh gunakan kreativiti kita dengan mengadunkan elemen-elemen fotografi, pasti dapat daya tarikan pada gambar kita.Pengunaan teknik 'silhoutte' adalah satu cara sekiranya kita gagal untuk dapat subjek dengan lebih dekat. Gambar ini contohnya, teknik 'silhoutte' diadunan dengan 'pattern' atau corak air untuk menarik perhatian.
Nikon D70, Nikkor 75-300mm, ISO200, 1/500sec, Speed Priority Mode
Nikon D300, Nikkor 300mm, ISO100, 1/1000sec Speed Priority
Gambar di atas ini, saya mengunakan element 'rule of third' dan memainkan 'reflection' dari pokok-pokok untuk mengisi 'frame' yang kosong.
Mengambil gambar burung perlukan kesabaran. Perlu perhatikan gelagat burung dan pergerakannya supaya kita dapat kenal pasti pergerakan yang menarik dan masa yang sesuai untuk mengambil gambar. Kebiasaannya saya akan mengunakan Shutter Speed tidak kurang dari 1/500sec untuk memastikan saya dapat 'freeze' kan movement burung yang agak laju.
Nikon D70, Nikkor 300mm, ISO200 1/1000sec speed priority mode
Burung ini baru lepas merendamkan badannya ke dalam air. Selepas keluar dari air, burung ini terus goyangkan badannya untuk mengeringkan air di badannya.
Nikon D70, Nikkor 300mm, ISO200 1/1000sec speed priority mode
Helang ini diambil di Langkawi. Helang ini telah 'dijamu' isi ayam. Para pelancong dapat melihat burung helang ni menyabar habuangnya di atas air.
Mengambil gambar berdekatan dengan air sudah pasti lebih menarik. Selain dari aksi mencari makan seperti menangkap ikan, 'reflection' burung pada air juga amat menarik.Perhatian yang teliti juga harus diberi untuk memilih 'background' yang sesuai. Mata harus sentiasa peka kepada 'background' untuk memastikan gambar yang kemas dan subjek yang menyerlah.Hati-hati supaya subjek utama tidak tengelam atau 'blend' bersama background. Subjek dan background harus ada 'contrast'.
(click to view larger image)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KENALI KAMERA DIGITAL ANDA
by admin on May.04, 2010, under Uncategorized
PENGENALAN
Sebelum kita mula meneroka dunia fotografi, adalah amat penting memahami dan mengenali kamera digital kita. Oleh kerana perubahan teknologi, dari masa ke semasa, pembuat kamera mengeluarkan kamera yang lebih canggih dan berkemampuan tinggi. Apabila anda memiliki kamera, langkah pertama yang perlu diambil adalah menyesuaikan diri anda dengan mengetahui dan memahami komponen-komponen dan fungsi-fungsi kamera anda. Buku ini bertujuan memberi panduan tentang komponen-komponen dan fungsi-fungsi yang biasanya terdapat pada digital kamera. Dengan memahirkan fungsi-fungsi pada kamera, ia dapat membantu kita menghasilkan gambar yang lebih baik. Walaubagaimanapun, setiap pengguna harus membaca manual yang telah disediakan untuk kamera tersebut untuk mengetahui apakah dan di manakah kedudukan fungsi dan komponen kamera yang sebenar
JENIS-JENIS KAMERA DIGITAL
Secara umumnya, terdapat 2 jenis kamera digital yang sering digunakan dalam dunia digital fotografi, iaitu:
- Digital Single Lens Reflex(DSLR); dan
- Kompak Kamera – atau juga dikenali dengan kamera ‘Point and Shoot’
Walau apapun kamera digital anda gunakan, asas mengendalian kamera tidak banyak berbeza.
MENGENALI CIRI-CIRI DSLR
- Melihat imej melalui lensa(what you see, what you get);
- Lensa boleh ditukar-tukar;
- DSLR mempunyai saiz sensor yang besar dan menghasilkan imej yang lebih baik dari kamera kompak, i.e. sharper dan kurang ‘noise’; dan
- Kamera DSLR hampir tiada ‘shutter lag’ membuatkan DSLR sesuai untuk suasana dan saat kritikal seperti acara sukan atau acara yang penting.










